Sunday 21 December 2014

Tropika Baby Starter Kit - hot stuff terlajak laris!

Tropika Baby Starter Kit - 5 pilihan wangian untuk anak comel anda :)
 
1. Set Baby Oil Lavender, Bubble Bath Lavender
 
2. Set Baby Oil Sweet, Buble Bath Sweet
 
3. Set Baby Oil Happy, Buble Bath Happy
 
4. Set Baby Oil Lavender, Bubble Bath Sweet
 
5. Set Baby Oil Lavender, Bubble Bath Happy
 

Tropika Baby Starter Kit
 

Sunday 14 December 2014

New - Printed Barut Baby with High Quality Cotton

Assalamualaikum mommies.....seronok berhujung minggu dengan keluarga? Mesti sangat best kan, melayan karenah anak-anak.
 
Ok mommies, hari tu kami kongsikan teaser pasal produk terbaru kami - barut baby. Kali ni kami war war kan harga istimewa untuk mommies. Harga pengenalan untuk barut baby ni. Cuma RM35 untuk 5 helai barut yang cute ini, termasuk kos penghantaran. Hanya RM35! Murah & berbaloi mommies.
 
Diperbuat dari kain kapas / cotton yang bermutu tinggi. Sesuai untuk kulit baby yang lembut. Dengan velcro strap, mudah untuk adjust ikut keselesaan baby. Freesize, muat dari baby size S - XL hanya dengan mengubah zap-on di velcro strap. Sangat simple, mudah & cute. Hanya RM35 untuk 5 helai barut. Contact kami untuk sebarang pertanyaan ye mommies :)
 
 
Printed Barut Baby - High Quality Cotton
RM 35 (5 pieces) including postage

Printed Barut Baby - High Quality Cotton
RM 35 (5 pieces) including postage


Thursday 11 December 2014

Medela Freestyle Basic terlajak laris!

Salam jumaat mommies....Kejap je dah hujung minggu. Tak sabar nak spend masa dengan family :)
 
Mommies semua...hari ni set terakhir untuk Medela Freestyle Basic akan diposkan kepada seorang bakal ibu...seronok ibu ini dapat grab last set ni. Pada mommies lain yang ada pm / whatsapps / call kami berkenaan promosi  harga murah Medela Freestyle Basic ni, kami mohon maaf kerana buat masa ini kami kehabisan stok. Memang laju sangat2 jualan Medela breastpump. Atas sebab itu kami tidak dapat terima 'booking' tanpa bayaran atau deposit. Sorry ye mommies.
 
Tapi mommies jangan risau. Bila partner kami restock kami akan update mommies semua. Sebaiknya jika mommies memang nak beli, terus saja beli  dari kami bila order kembali dibuka ya.
 
Medela Freestyle Basic Set

Medela Freetysle Basic Set
 
 


Friday 5 December 2014

Barut Baby? Produk baru kami :)

Assalamualaikum mommies...cuti sekolah dah bermula, apa aktiviti anak-anak mommies? Jangan lupa ingatkan anak-anak supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan ya. 

Kami ni kami ada teaser skit. Produk terbaru dari kami - barut baby :)

Sangat cute, sangat practical, sangat selesa. Dengan 'magic tape' atau pelekat velcro, mommies tak perlu lagi kelam kabut nak ikat tali barut untuk baby. Snap saja. Sangat mudah. Kali ni daddies pun dah tak boleh cari alasan untuk lari dari tugas siapkan baby dah :)

Okay mommies, di sini kami kongsikan gambar barut baby kami. Nantikan butiran selanjutnya dari kami. Ada promosi istimewa nanti. Tunggu ya...

Barut Baby - mudah & simple

Barut Baby - cotton

Sunday 23 November 2014

Harga bombastik! Promosi Hujung Tahun Medela Breastpump. Murah & Berbaloi!

Assalamualaikum mommies...masa yang ditunggu dah tiba. Business partner kami kini sedang mengadakan jualan akhir tahun secara besar-besaran. Kini breastpump Medela Swing Maxi dan juga Medela Freestyle dengan warranty dari Lactaequip Malaysia ditawarkan dengan harga bombastik. Sangat murah & berbaloi2. Nak lagi best? Dengan sebarang pembelian breastpump Medela melalui kami, mommies juga boleh membeli apa2 saja produk Tropika Baby dan juga Herbasuci dengan extra discount!!! Nak Tropika Baby Herbal Cream? Tropika Starter Kit? Mom's Belly Oil? Apa saja...kami boleh tawarkan extra discount pada mommies semua. Dengan syarat mommies juga membeli Medela breastpump melalui kami. Berbaloi kan?

Mommies, tawaran ni tertakluk pada stok breastpump yang ada ye. Tapi jangan risau, kalau mommies nak beli Medela breastpump saja, ataupun produk Tropika baby saja, juga boleh. Hubungi kami untuk harga bombastik. Ayuh mommies, jangan lepaskan peluang ini. Whatsapps 012-5392542 untuk harga bombastik hari ini.
Medela Freestyle Promosi Hujung Tahun
Medela Freestyle Promosi Hujung Tahun

Medela Swing Maxi Promosi Hujung Tahun
Medela Swing Maxi Promosi Hujung Tahun


Thursday 20 November 2014

Loya & Mabuk Masa Mengandung?

Assalamualaikum mommies...lamanya tak update. Sorry mommies, agak sibuk sikit dengan urusan offline. Tapi urusan pos & COD Tropika dan Breastpump Medela masih berjalan seperti biasa setiap hari ye mommies :)

Oklah, hari ni kami share skit pasal mabuk, loya atau muntah-muntah semasa mengandung. Pasti ramai mommies yang pernah melaluinya kan. Disini kami kongsikan 15 tips untuk mengatasinya. Selain itu, boleh juga cuba cara alternatif dengan Krim Herbal Dalana keluaran Herbasuci, syarikat yang sama mengeluarkan Tropika Baby Herbal Cream. Bolehlah  cuba, mana tahu berkesan untuk mommies juga.

Tips Muntah / Loya semasa Mengandung 
 

Tuesday 11 November 2014

DIY Colour Game Untuk Anak 1-2 Tahun

Assalamualaikum mommies....apa khabar? Hero kami tengah belajar pasal warna + mengira. Sangat simple. Cari je apa-apa objek berwarna macam tudung botol or potong kertas berwarna tebal. Ajak sikecil mengira sambil susun ikut warna. Boleh leka main ni :)
 


 
 
 

Wednesday 5 November 2014

Medela Swing Maxi....Offer best!!!

Assalamualaikum mommies. Hari ni kami bawakan satu lagi offer menarik untuk mommies & mommies to-be. Kami gabungkan Medela Swing Maxi dengan Tropika Baby sets, dua brand yang mantap & power. Sangat senang & sangat sesuai untuk mommy and baby. Jom mommies share dengan kawan-kawan yang masih mencari breastpump. Whatsapps atau pm kami di facebook page Tropika VCO & Medela Swing Maxi :)
 
 
Medela Swing Maxi Lactaequip Warranty  + Tropika Baby - Mom & Baby Set


Tuesday 28 October 2014

Medela Freestyle.....harga menarik :)

Assalamualaikum mommies....sihat semua? Hari ni kami nak share offer Medela Freestyle dengan harga yang sangat menarik. Set Medela ni dari Switzerland ye mommies, jadi tak perlu dapatkan adapter lagi. Sama voltage & pin dengan yang kita guna di Malaysia ni. So jemput belek gambar2 di bawah, apa-apa soalan boleh terus whatsapps di 012-5392542. Insya Allah kami bantu :)
Medela Freestyle Basic Set RM1150
 
Medela Freestyle Full Set RM1499


 


Thursday 9 October 2014

Testimoni Terlajak Laris - Tropika Homemade Lactation Cookies !!!

Assalamualaikum mommies...lama betul tak sempat update blog..agak sibuk dengan kehidupan harian...tapi bisnes Tropika tetap berjalan seperti biasa :)
 
Pertama sekali kami harap masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua. Alhamdulillah pasti best habiskan masa bersama keluarga tersayang.
 
Hari ni kami nak share dengan mommies semua antara testimoni ibu-ibu yang telah mengamalkan Tropika Homemade Lactation Cookies. Alhamdulillah semuanya berpuas hati & gembira. Apapun, syukur pada Allah atas rezekiNya yang melimpah ruah.
 
Tropika Homemade Lactation Cookies - Testimoni Pengguna


Tuesday 30 September 2014

Terlajak laris....Tropika Homemade Lactation Cookies - Chocolate Chip Oatmeal !

Assalamualaikum mommies....lama tak update blog. Agak sibuk dengan urusan harian. Tapi mommies....dari minggu lepas order untuk Tropika Homemade Lactation Cookies ni masuk tak berhenti..dah hampir 20 kotak telah terjual untuk mommies seluruh Malaysia, mommies di Sabah pun telah terima cookies yang ditempah. Jualan dari kami dalam masa seminggu mommies.....Kalau total jualan dari HQ Tropika kalau tak silap dah lebih 500 kotak :)
 
Alhamdulillah banyak yang berpuas hati dan semakin meriah penyusuan anak-anak. Nanti kita kongsikan testimoni-testimoni dari mommies tersebut. Dalam semua flavour cookies ni, yang paling laris adalah perisa Chocolate Chip Oatmeal. Terlajak laris. Ramai yang request perisa ni, gabungan chocolate chip & oatmeal >>> sangat sedaaap !
 
Penuh dengan ramuan berkhasiat, seperti oatmeal & halba (fenugreek) yang telah terbukti berkesan sebagai penggalak susu atau milk booster, dan juga flaxseed yang kaya dengan Omega -3. Hanya RM29.90 sebungkus (200g, 38-40 keping cookies). Cubalah hari ini. Pastikan mommies minum sekurangnya 3 liter air ye, & amalkan konsep demand-supply yang konsisten.
 
 
Tropika Homemade Lactation Cookies - Chocolate Chip Oatmeal


Wednesday 24 September 2014

Dark Chocolate Lactation Cookies

Special untuk peminat dark chocolate, kami juga menawarkan Dark Chocolate Tropika Homemade Lactation Cookies :)
 
Penuh dengan ramuan berkhasiat, seperti oatmeal & halba (fenugreek) yang telah terbukti berkesan sebagai penggalak susu atau milk booster, dan juga flaxseed yang kaya dengan Omega -3. Hanya RM29.90 sebungkus (200g, 38-40 keping cookies). Cubalah hari ini. Pastikan mommies minum sekurangnya 3 liter air ye, & amalkan konsep demand-supply yang konsisten.
 
Tropika Homemade Lactation Cookies - Dark Chocolate


Thursday 18 September 2014

Cranberry Oatmeal Lactation Cookies

Cranberry? Sedapnya.....special untuk ibu2 menyusu, Tropika Homemade Cranberry Oatmeal Lactation Cookies ini penuh dengan ramuan berkhasiat, seperti oatmeal & halba (fenugreek) yang telah terbukti berkesan sebagai penggalak susu atau milk booster. Hanya RM29.90 sebungkus (200g, 38-40 keping cookies). Cubalah hari ini. Pastikan mommies minum sekurangnya 3 liter air ye, & amalkan konsep demand-supply yang konsisten.
 
 
Tropika Homemade Lactation Cookies - Cranberry Oatmeal


Wednesday 17 September 2014

Pumpkin Seed Lactation Cookies....bagus untuk ibu, bagus untuk baby :)

Mommies sukakan pumpkin seeds? Jom try Tropika Homemade Lactation Cookies. Sangat sedap & berkhasiat. Hanya RM29.90 sebungkus (200g, 38-40 keping cookies). Cubalah hari ini. Alhamdulillah banyak positif feedback dari lactating mommies :)
 
Tropika Homemade Lactation Cookies - Pumpkin Seed
 

Sunday 14 September 2014

Tropika Homemade Lactation Cookies

Assalamualaikum mommies. Dah tengok iklan Tropika Lactation Cookies di paper? Sedap tau.....ada 4 flavour - dark chocolate, chocolate chip oatmeal, cranberry oatmeal & pumpkin seed. Ready stock. So cepat mommies grab one for yourself. Laris macam goreng pisang panas ;-)

Tuesday 2 September 2014

30 Cara Mudah Meningkatkan Susu Badan. Jom try!

Assalamualaikum mommies....alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menulis blog. Bagaimana sambutan kemerdekaan yang lepas? Seronok kan....bagi mommies yang menyusu mesti dapat banyak top-up susu kan....maklumlah 3 hari bersama sikecil, pastinya susu juga makin bertambah.
 
Okay mommies, minggu lepas kita kongsikan beberapa faktor yang menyumbang kepada kekurangan susu ibu. Kali ni kita nak kongsikan pulak 30 cara untuk meningkatkan supply susu badan. Ianya sangat mudah, & boleh dilakukan serta merta... jom kita tengok apa cara-caranya:
 
1. Susukan anak sekerap mungkin. Jika mommies kerja, tingkatkan sesi pam susu. Ingat demand supply concept. Lagi kerap baby disusukan, atau lagi kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan oleh badan.
 
2. Susukan baby dari kedua-dua payudara. Elakkan dari membiarkan baby menyusu hanya dari sebelah payudara sahaja. Teruskan menyusu baby bergilir-gilir sehingga payudara kosong, atau baby sendiri berhenti menyusu.
 
3. Pastikan baby menyusu sehingga puas, & sehingga payudara kosong. Begitu juga bila pam, pastikan payudara dikosongkan sebaiknya.
 
4. Jangan susukan baby mengikut jadual. Susukan sahaja setiap kali baby minta. Give on demand ye mommies :)
 
5. Biarkan baby cluster feed. Cluster feed ialah keadaan dimana baby menyusu sekejap2 tapi kerap. Layankan aje....
 
6. Breast compresion. Sambil susukan baby, atau sambil pam susu, urut payudara. Bagus juga kalau belajar teknik-teknik mengurut payudara untuk memastikan payudara kita dikosongkan sepenuhnya. Google ye mommies.
 
7. Kerapkan menyusu / pam pada waktu malam dan awal pagi. Ini salah satu cara untuk boost supply susu kita.
 
8. Pam selepas menyusukan baby direct-feed. Ini untuk pastikan payudara betul-betul kosong. Boleh juga pam sebelum menyusukan, & biarkan baby yang kosongkan payudara. Lebih efficient.
 
9. Pastikan baby latch dengan betul. Dapatkan bantuan dari pakar laktasi.
 
10. Dapatkan support dari ibu-ibu menyusu yang lain. Moral support juga sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
 
11. Pam semasa menyusu. Boleh praktis di rumah, semasa baby sedang menyusu, sambil-sambil pam payudara sebelah lagi. Bila habis tukar side & biarkan baby kosongkan payudara yang dipam tadi.
 
12. Skin-to-skin contact dengan baby. Bestnya boleh snuggle dengan sicomel.
 
13. Susukan baby dalam keadaan berbaring. Mommy lebih relaks, baby boleh menyusu lebih lama.
 
14. Elakkan dari tidur meniarap. Tidur meniarap mungkin boleh menggangu supply susu ibu.
 
15. Elakkan dari puting tiruan & puting pacifiers. Baby yang masih muda mungkin boleh mengalami nipple confusion.
 
16. Elakkan dari makan pil perancang jika boleh. Pil perancang boleh mengganggu supply susu ibu.
 
17. Jangan merokok, limitkan caffein.
 
18. Minum air yang banyak, terutamanya sebelum mula menyusu / pam.
 
19. Relaks masa menyusu / pam. Tenangkan fikiran & bayangkan wajah sicomel anda.
 
20. Pastikan mommies makan makanan berkhasiat. Tak perlu diet lagi ye. Menyusu ni pun boleh kurus juga :)
 
21. Jika perlu, makan makanan penggalak susu ataupun supplement.
 
22. Nursing vacation. Jika supply susu merudum terlalu banyak, ambil cuti & habiskan masa bersama baby, susukan setiap kali diminta. Lagi banyak lagi bagus.
 
23. Diskus dengan pakar laktasi / doktor jika perlu mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menggalakkan penghasilan susu ibu. Seeloknya elakkan ye mommies. Cuba natural ways dulu.
 
24. Elakkan dari memberi susu formula kepada baby, terutamanya baby dibawah umur 6 bulan. Yakin susu yang dihasilkan cukup untuk baby.
 
25. Jika telah berikan susu formula pada baby, jangan sedih. Tingkatkan direct-feed, pam selalu, dan perlahan-lahan hentikan pemberian susu formula.
 
26. Power pumping. Selang seli pam (10 minit) - rehat (10 minit) - pam (10 minit) -  rehat (10 minit) selama satu jam. Buat secara konsisten setiap hari, masa yang sama selama seminggu-dua. Insya Allah mommies akan dapat tengok kesannya. Kalau boleh buat di awal pagi.
 
27. Kalau mommies pam susu di tempat kerja, pastikan mommies kosongkan payudara setiap 2 jam ye.
 
28. Buat jadual pumping, dan amalkan secara konsisten.
 
29. Fikir positif. Sentiasa yakin, susu kita, sikit ataupun banyak, cukup & berkhasiat untuk baby kita. Setiap susu ibu adalah berbeza & mengikut keperluan setiap baby.
 
30. Banyakkan berdoa pada Allah, semoga susu yang dihasilkan cukup untuk anak. Tawakal lah.
 
Jadi mommies, boleh try praktikkan tips-tips ni. Semua tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pengalaman kawan-kawan penyusuan. Yang penting, mommies jangan risau ye. Pengalaman penyusuan baby adalah satu pengalaman yang sangat indah. Jadi cuba buat sebaik mungkin, jangan cepat mengalah, tapi jangan stress-stress. At the end of the day, yang penting mommies tahu mommies dah berusaha. Insya Allah, yakin & berbaik sangka lah dengan Allah Maha Pemberi Rezeki. Enjoy the journey mommies!
 
Gambar sumber dari internet
 
 
 

Thursday 28 August 2014

Susu badan kurang? Kenali faktornya!

Assalamualaikum mommies....best kan minggu ni ada extra cuti hujung minggu....dari Sabtu - Ahad - Isnin, banyak masa yang boleh diluangkan bersama anak-anak dan keluarga. Bagi yang menyusukan anak, inilah masanya untuk kukuhkan lagi 'bonding' kita dengan si manja, juga masa untuk menambah simpanan susu ibu dalam freezer :)
 
Ada tak mommies yang rasa susunya makin kurang? Kadang-kadang ianya cuma perasaan kita saja, tapi kadang-kadang ianya memang betul. Sebelum kita 'give-up' and beralih ke susu formula, jom mommies kita kenali dulu faktor-faktor yang mungkin boleh menyebabkan kekurangan susu ibu. Bila dah tahu & kenalpasti puncanya, lebih mudah untuk kita atasinya kan...
 
1) Period
Tak semua mommies akan affected sebab period, tapi bagi mommies yang terkesan, ini kerana  kurangnya cecair dalam badan. Wanita yang sedang haid kehilangan darah yang banyak dari tubuh, dan sebahagian besar komponen dalam darah adalah air. Jangan bimbang, jangan stress, teruskan pam macam biasa dan banyakkan minum air.
 
2) Kurang stimulasi
Konsep penghasilan susu badan adalah mengikut demand - supply. Bila banyak permintaan, banyaklah penghasilannya. Kosongkan payudara sekerap 2 jam sekali. Boleh saja pam atau terus direct-feed. Jangan putus asa walaupun pada awalnya hasil pam sedikit, ini kerana badan kita baru menerima isyarat permintaan susu. Jika dibuat secara konsisten, insya Allah secara automatik badan pun mula hasilkan susu yang banyak seiring dengan permintaan yang banyak.
 
3) Ibu berdiet & makan tidak seimbang
Mommies kena pastikan makanan yang diambil mestilah cukup, seimbang & berkhasiat. Jika mommies tidak makan, tubuh sudah pasti kurang nutrisi & boleh menggangu penghasilan susu ibu. Air juga perlu diminum sekurangnya 2-3 liter sehari. Boleh juga amalkan apa-apa makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu.
 
4) Ibu stress / tekanan perasaan
Jangan stress mommies. Memang memenatkan, apatah lagi jika mommies berkerja, nak pam lagi, nak uruskan anak lagi, nak uruskan rumah tangga lagi. Dapatkan bantuan suami, saudara mara atau kawan-kawan untuk urusan kemas rumah, urusan kerja, uruskan anak-anak lain. Jika perlu ambil vitamin untuk kekuatan tubuh dan extra energy. Yang paling penting, mommies perlu enjoy semasa pump ataupun semasa menyusukan anak. Inilah saat yang terindah menjadi seorang ibu. Ianya juga tidak kekal, cuma 2 tahun saja. Jadi mommies, kuatkan semangat dan enjoy saat-saat ini :)
 
Ini antara faktor-faktor utama mengapa susu kita berkurangan. Banyak lagi faktor lain, dan ianya mungkin tidak sama dari seorang ibu dengan ibu yang lain. Jadi mommies, kalau rasa macam ada sedikit masalah dalam penghasilan susu badan, ambillah sedikit masa untuk cuba kenalpasti faktornya. Jika perlu dapatkan nasihat & pandangan dari lactation consultants, atau dari doktor-doktor yang menyokong penyusuan susu ibu. Jangan lupa berdoa padaNya semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan susu anak kita ye mommies. Insya Allah, pasti berjaya :) 
 

Sumber dari internet

 


Kempiskan Perut Selepas Bersalin - Pa&Ma

Kempiskan Perut Selepas Bersalin - Pa&Ma



Assalamualaikum mommies....ada yg pernah try ni? Berkesan x?

Wednesday 20 August 2014

Mudahnya Bisnes Tropika

Mudahnya bisnes Tropika....Alhamdulillah sambil2 tunggu kereta di bengkel sempat juga siapkan order customer. Boleh terus pos je kejap lagi. Kalau ada mommies yang berminat nak join family Tropika, jom cepat2 contact kami. Boleh sambil2 buat side income disamping menolong mommies2 lain yang masih mencari penawar masalah kulit anak.
 
Mudahnya bisnes Tropika


Tuesday 19 August 2014

We are back :)

Assalamualaikum mommies.....lama sungguh kami x update blog..agak sibuk dengan kerja sejak balik dari cuti raya lepas... :)
 
Anyway, kami masih beroperasi seperti biasa. So jika mommies ada nak tanya apa2 berkaitan produk Tropika & Herbasuci, insya Allah kami sedia membantu sedaya mungkin.
 


Monday 21 July 2014

Tropika Baby Herbal Cream

Assalamualaikum mommies.....insya Allah next week kita akan menyambut Aidilfitri. Alhamdulillah. Dalam kesibukan mengemas beg nak balik kampung jangan lupa masukkan sekali bekalan Tropika Baby Herbal Cream  :)
 
 
Tropika Baby Herbal Cream - only the best for your child :)


Thursday 10 July 2014

Promosi Raya!

Assalamualaikum mommies....kejapnye dah hari Jumaat. Rasanya ramai yang balik kampung kan.....mesti best berpuasa bersama keluarga besar. Kami ada tawaran menarik untuk peminat Tropika & Herbasuci. Free postage untuk setiap pembelian. Jadi mommies yang berpuas hati ngan produk ni....balik kampung boleh la share dengan saudara mara. Bole order ramai2. Ada free gifts jugak untuk yang cepat ;)

Promosi Raya Topika & Herbasuci

 

Monday 30 June 2014

Kurma Milkshake with VCO :)

Assalamualaikum mommies....alhamdullillah dah masuk hari ketiga kita berpuasa di bulan Ramadhan ini.....apa yang mommies sediakan untuk bersahur? Seronok mencari resepi-resepi mudah untuk menjamu keluarga. Hari ni kami nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah & ringkas untuk sahur. Simple tapi berkhasiat & mengenyangkan...insya Allah.
    
Kurma Milkshake + VCO
Bahan2: 
Susu / shake, kurma, Tropika VCO Blackcurrant, Cinnamon powder (optional)

Caranya:
Masukkan susu / shake, kurma (buang biji), sesudu Tropika VCO Blackcurrant dalam blender / pengisar.
Blend sampai hancur
Masukkan ais (kalau xnak letak ais boleh guna susu yang telah disejukkan)

Siap untuk diminum.
Bagi yang sukakan sedikit kelainan, boleh taburkan serbuk kayu manis (cinnamon powder) untuk rasa berempah yang menyamankan :)

Senang kan? Sangat berkhasiat dan insya Allah kenyang sepanjang hari. Juga memberikan tenaga untuk bekerja seperti biasa. 

Try lah! Sedap tau.

Kurma Milkshake with VCO
   

Thursday 26 June 2014

Ramadhan kembali....alhamdulillah...

Assalamualaikum mommies.......apa khabar semuanya? Semoga sihat2 sentiasa bersama keluarga tercinta.....lagi 2 hari insya Allah kita akan start berpuasa Ramadhan...alhamdulillah dipertemukan lagi dengan bulan yang cukup istimewa ini.....apa persiapan ramadhan mommies? 

Kalau dulu kecik2 Ramadhan ni macam bulan yang agak lesu skit kan...ni dah jadi mommy x boleh la camtu lagi ye x......jadi mommies, amalkan makan kurma time sahur, boleh jugak buat ice blended kurma...sedap & berkhasiat, kenyang & bertenaga sampai time berbuka insya Allah. Banyakkan minum air, jangan terlebih tidur nanti lagi penat...tapi boleh je ambil short nap sebelum / selepas solat Zuhur untuk recharge badan :)

Hari ni kami kongsikan tips yang sangat berguna untuk bulan puasa ni...jom kita tengok mommies....semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..insya Allah.

Sumber dari Internet
  

Tuesday 24 June 2014

Susu Kambing + Minyak Kelapa Dara? Fabulous!!

Assalamualaikum mommies.....apa khabar hari ni? Tak sampai seminggu lagi kita akan berpuasa...cepat sungguh masa berjalan ..... anyway, kita semua tahu kebaikan susu kambing & juga minyak kelapa dara kan.....kini mommies juga boleh merasai semua kebaikan minyak kelapa dara & susu kambing dalam satu produk - sabun muka Mahora. Satu lagi keluaran bermutu dari rangkaian produk Herbasuci, pengeluar yang sama dengan produk Tropika. Sesuai untuk remaja & dewasa, sabun Mahora dapat mengurangkan masalah jerawat, ekzima, kulit kering & pelbagai masalah kulit lain. Jom dapatkan satu untuk diri sendiri hari ini, jom beraya dengan kulit mka halus & bebas jerawat :)
 
Mahora, with VCO, goats milk & neem

 

Friday 20 June 2014

Sinus? Jom try Sabun Tareena

Assalamualaikum mommies....anda ada sinus? Jom try sabun Tareena keluaran Herbasuci. Dari pengasas produk Tropika, sabun Tareena ini juga penuh dengan kebaikan minyak kelapa dara VCO, madu, kulit kayu manis & cengkih yang terbukti berkesan merawat sinus. Penggunaan berterusan mungkin dapat mengurang sinus anda...insya Allah.

Tareena, sinus herbal soap with honey
 

Thursday 12 June 2014

Ketawa...penawar segala penyakit?

Assalamualaikum mommies......kejap je dah separuh hari jumaat kita lalui....hujung minggu ni jom habiskan masa bersama anak-anak & keluarga...
Enjoy setiap moment dengan si kecik......they will remember it always. Just have a laugh with them for every single things, even though it sound silly. Lagipun anak-anak kecil kan memang suka buat bagi ibu bapanya ketawa....so cherish it always :)

Sumber dari internet

Tuesday 3 June 2014

Jom Zikir!

Assalamualaikum mommies...lama x update, kelam kabut sikit dengan family, lagi2 hari2 cuti ni kan...
Anyway mommies....bulan ramadhan x lama lagi, jom kita biasakan diri dengan zikir2 harian. Sangat bagus untuk diamalkan setiap hari :)
 
 
Zikir Harian.


Wednesday 28 May 2014

Hujan oh hujan......jgn lupa Tropika Baby Herbal Cream ;)

Assalamualaikum mommies.....musim hujan ni...rahmat sebenarnya....tapi cuak juga kan kalau si kecil batuk2 & selsema......jangan risau mommies.....dapatkan Tropika Baby Herbal Cream - krim 2-in-1 istimewa ni.....berfungsi sebagai vicks & juga minyak telon....dengan kebaikan minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia & pelbagai herba tropika....insya Allah berkesan untuk batuk, selsema, kahak, kembung perut & colic. Tidak panas & berbau wangi.  Jom beli satu untuk simanja anda ;)

Tropika Baby Herbal Cream
 

Wednesday 21 May 2014

Resepi Bubur Nasi untuk Si Manja :)

Assalamualaikum mommies......dah start memasak lunch untuk si manja? Ataupun masih belum ada idea nak buat bubur apa pulak hari ni? Jom tengok ni kami kongsikan beberapa resepi bubr nasi yang mudah & lazat untuk si manja anda. Ada bubur nasi kosong, bubur nasi ayam, bubur nasik sayur & macam2 lagi.....try lah ye mommies...masakan yang kita masak sendiri pastinya lebih sihat, lebih berkhasiat, & yang paling penting penuh dengan kasih sayang! Jangan lupa selawat & doa banyak2 ye masa tengah masak bubur ni :)
 
 
Resepi Bubur Nasi


Tuesday 13 May 2014

Infant Massage - Jom belajar caranya!


 
Assalamualaikum mommies......seminggu blog sunyi....maklumlah sibuk bercuti dengan family. Rasa macam masih x puas menghabiskan masa dengan suami & si kecik :)
Anyway mommies....hari ini kita kongsikan video tentang infant massage. Best tau massage baby ni....baby enjoy, mommy pun pasti enjoy. A great mommy-baby bonding time. Si ayah pun boleh aja ambil giliran massage baby ye...
 
p/s - For extra benefits, gunakan Tropika Baby Oil. Kulit baby lebih sihat, lebih lembut. Dengan ekstrak lavender yang terbukti berkesan untuk relaxation, baby boleh sampai tertidur kena massage...

Tuesday 6 May 2014

Disconnect to connect with your children :)

Remember mommies.....jadikan masa dengan anak2 sesuatu yang special....no distractions.....kejap je mereka membesar....
 
 


Monday 5 May 2014

Bercuti dengan anak ekzema?

Ingin bercuti tetapi risaukan anak eczema? Jangan biarkan eczema menggangggu kehidupan anda sekeluarga. Kali ini kami nak share beberapa tips yang boleh digunakan dalam merancang percutian keluarga anda:
1. Kenali keadaan kulit & ekzema ana...
k anda. Kenalpasti apa trigger yang boleh menyebabkan eczema 'flare-up'.
2. Pilih hotel yang sesuai. Elakkan hotel yang berabuk, tilam yang lusuh & tidak dijaga dengan baik. Ini kerana hotel2 begini mungkin dipenuhi dengan bedbugs atau anai2.
3. Bawa towel & cadar/bedsheet sendiri. Tuala yang disediakan hotel mungkin dibasuh dengan sabun yang agak kasar untuk kulit sensitive. Kalau boleh dapatkan cadar 'anti-allergy' untuk dilapik atas katil hotel.
4. Bawa lotion & baby oil secukupnya. Make sure kulit anak sentiasa lembap.
5. Pastikan anak minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
6. Bawa sabun/bubble bath sendiri. Dapatkan yang organic dan natural.
7. Kaji jenis2 makanan yang terdapat di tempat yang ingin dilawati. Ini sangat penting terutamanya untuk anak yang ada 'food-allergy'.
8. Elakkan tempat yang panas & berdebu. Suhu aircond yang terlampau sejuk juga boleh menyebabkan kulit anak terlalu kering & boleh memburukkan lagi eczema.
9. Jika anak ada menggunakan ubat untuk merawat eczema, pastikan ianya mencukupi sepanjang percutian. Ingat nama ubat tersebut jika perlu membelinya semasa percutian.
10. Pakaikan anak dengan baju yang longgar & selesa. Gunakan pakaian dari kain cotton.

Ini sedikit tips yang kami kongsikan dengan mommies semua. Jika mommies ada lagi tips lain, dialukan untuk kongsi dengan kami di ruangan komen. Semoga kita sama2 dapat mengambil manfaat dari perkongsian ini.
 
Bercuti dengan anak eczema :)
 

Thursday 1 May 2014

Ekzema + Minyak Kelapa Dara

Assalamualaikum mommies....seronok santai dengan family semalam? Mesti best kan.....anyway, sebelum ini kita telah bincangkan mengenai ekzema & minyak kelapa dara....jadi hari ini kita akan bercerita bagaimana menggunakan produk Tropika Baby Skin Care untuk merawat, mengawal & mengurangkan ekzema si manja :)
 
Caranya sangat mudah & simple. Ingat lagi kan...kawal ekzema secara luaran & dalaman. Untuk luaran, gunakan Tropika Natural Bubble Bath semasa mandi, diikuti dengan sapuan seluruh badan dengan Tropika Baby Oil. Pastikan kulit si manja sentiasa lembap, jangan biar kering ye mommies.
 
Untuk dalaman pula, jika anak berusia > 6 bulan, boleh berikan mereka satu sudu kecil Tropika VCO Blackcurrant (atau perisa Original). Hanya sesudu sehari, dan gunakan sudu plastik ye mommies. Boleh bagi direct, masukkan dalam susu ataupun masukkan dalam bubur atau puree baby. Bagi anak2 yg berumur < 6 bulan, mommies yang kena minum VCO ni ye...minumla sesudu atau dua sudu besar pagi & malam, Insya Allah anak2 pun dapat benefits bila breastfeed. Mudah kan? JOm mommies kita ikhtiar untuk keselesaan si manja :)
 
Rawat Ekzema dengan Tropika VCO
 

Tuesday 29 April 2014

Ekzema & Minyak Kelapa Dara - Part 2

Assalamualaikum mommies.....sebelum ni kita dah bincangkan secara ringkas tentang ekzema & minyak kelapa dara...jadi hari ini kita bercerita pulak tentang penggunaan minyak kelapa dara dalam proses merawat & mengawal / mengurangkan ekzema si manja kita....bagaimana ye?
 
Untuk merawat ekzema menggunakan minyak kelapa dara, dua cara boleh digunakan - secara makan (dalaman) dan juga secara sapuan (luaran). Minyak kelapa dara boleh saja dimakan dalam bentuk cecair ataupun dalam bentuk gel kapsul. Untuk breastfeeding babies, ibu boleh saja makan minyak kelapa dara & secara tak langsung kebaikannya turut dirasai oleh anak yang menyusu, insya Allah. Bagi cara sapuan pula, sapu di tempat2 terjadinya ekzema tersebut, terutamanya di tempat2 terlipat seperti leher, bawah lutut, ketiak dan sebagainya. Pastikan kulit si manja sentiasa lembap supaya tidak berlaku ekzema flare-up. Oh ya, pastikan juga si manja anda tidak allergic terhadap minyak kelapa sebelum menggunakannya ye :)
 
Sememangnya menjaga anak ekzema memerlukan kesabaran yang tinggi. Kenalpasti apa trigger ekzema anak2...jika tiba2 ekzema anak naik, cuba ingat balik apa yang dimakan...termasuklah ibu jika masih breastfeeding. Cuba eliminate makanan tersebut dari diet harian & tengok kesannya...try & error...elakkan dari memakaikan anak dengan baju tebal / panas...jauhkan dari tempat berabuk...elakkan fragrance....Insya Allah dengan pengawasan yang betul kita dapat manage ekzema si comel :)
 
Disclaimer - Google Image
 
 


Sunday 27 April 2014

Ekzema & Minyak Kelapa Dara - Part 1

Tak sampai hati tengok anak2 kecil menderita ekzema....gatalnya..pedihnya... Tak dapat kita bayangkan....lagi2 untuk kulit halus anak2.....setakat ini sebab berlakunya ekzema masih belum diketahui, namun doktor2 perubatan sepakat menyatakan trigger untuk berlakunya ekzema 'flare-up' termasuklah pemakanan, cuaca, habuk & juga allergy. Sekarang ini banyak diperkatakan tentang kelebihan minyak kelapa dara untuk merawat & mengurangkan ekzema. kenapa ye?
 
Sebenarnya minyak kelapa mengandungi fungsi antibakteria, antikulat/antifungal, antioksida& juga antimicrobial yang dapat mencegah dari berlakunya infection and juga merawat kulit yang luka/merekah. Minyak kelapa juga penuh dengan vitamin & nutrien yang pentings eperti asid lauric, asid caprylic, vitakim K & vitamin E. Nutrien2 dan vitamin2 ini dapat mengurangkan rasa gatal & memberikan keselesaan pada kulit. Bila minyak kelapa dara digunakan untuk merawat ekzema, ianya bukan saja dapat mengurangkan simpton ekzema seperti gatal2, ianya juga membantu merawat kulit & mencegah dari infection yang mungkin berlaku akibat astik menggaru & luka. Yang paling best, minyak kelapa dara adalah satu cara yang natural & organic untuk merawat ekzema, kerana ianya bebas dari sebarang bahan kimia.
 
Jadi, bagaimana nak rawat ekzema menggunakan minyak kelapa dara? Kita sambung dalam bahagian ke2 ye....nantikan :)
 
Ekzema Baby



Disclaimer: Gambar dari Google.
 
 

Wednesday 16 April 2014

Tropika Baby Oil...penjimatan berganda!

Assalamualaikum mommies.....semoga sihat semuanya.....anda punyai ramai anak? Sukakan baby oil lavender kami? Kalau botol kecil pasti cepat habis kan...dapatkan Tropika Baby Oil Lavender bersaiz 250ml.....murah & jimat. No more running out of baby oil when you need it most!
 
 
Tropika Baby Oil Lavender 250ml (RM130)



Tuesday 15 April 2014

Terima kasih...thank you... :)

Assalamualaikum & selamat pagi mommies semua...jutaan terima kasih buat semua peminat2 Tropika....sokongan anda sangat kami hargai :)
 
Thank you semua


Sunday 13 April 2014

APRIL - Bulan kesedaran Ekzema. Jom Support!

Salam mommies....Tahu x anda April adalah bulan kesedaran ekzema? First time diadakan di Malaysia. So in support pada pengidap ekzema, kami tawarkan 10% discount untuk semua pembelian produk Tropika & herbasuci sepanjang bulan ini. Jom dapatkan set Tropika anda hari ini, kita manage ekzema si manja :)
 
10% discount on Tropika & Herbasuci products!