Thursday, 28 August 2014

Susu badan kurang? Kenali faktornya!

Assalamualaikum mommies....best kan minggu ni ada extra cuti hujung minggu....dari Sabtu - Ahad - Isnin, banyak masa yang boleh diluangkan bersama anak-anak dan keluarga. Bagi yang menyusukan anak, inilah masanya untuk kukuhkan lagi 'bonding' kita dengan si manja, juga masa untuk menambah simpanan susu ibu dalam freezer :)
 
Ada tak mommies yang rasa susunya makin kurang? Kadang-kadang ianya cuma perasaan kita saja, tapi kadang-kadang ianya memang betul. Sebelum kita 'give-up' and beralih ke susu formula, jom mommies kita kenali dulu faktor-faktor yang mungkin boleh menyebabkan kekurangan susu ibu. Bila dah tahu & kenalpasti puncanya, lebih mudah untuk kita atasinya kan...
 
1) Period
Tak semua mommies akan affected sebab period, tapi bagi mommies yang terkesan, ini kerana  kurangnya cecair dalam badan. Wanita yang sedang haid kehilangan darah yang banyak dari tubuh, dan sebahagian besar komponen dalam darah adalah air. Jangan bimbang, jangan stress, teruskan pam macam biasa dan banyakkan minum air.
 
2) Kurang stimulasi
Konsep penghasilan susu badan adalah mengikut demand - supply. Bila banyak permintaan, banyaklah penghasilannya. Kosongkan payudara sekerap 2 jam sekali. Boleh saja pam atau terus direct-feed. Jangan putus asa walaupun pada awalnya hasil pam sedikit, ini kerana badan kita baru menerima isyarat permintaan susu. Jika dibuat secara konsisten, insya Allah secara automatik badan pun mula hasilkan susu yang banyak seiring dengan permintaan yang banyak.
 
3) Ibu berdiet & makan tidak seimbang
Mommies kena pastikan makanan yang diambil mestilah cukup, seimbang & berkhasiat. Jika mommies tidak makan, tubuh sudah pasti kurang nutrisi & boleh menggangu penghasilan susu ibu. Air juga perlu diminum sekurangnya 2-3 liter sehari. Boleh juga amalkan apa-apa makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu.
 
4) Ibu stress / tekanan perasaan
Jangan stress mommies. Memang memenatkan, apatah lagi jika mommies berkerja, nak pam lagi, nak uruskan anak lagi, nak uruskan rumah tangga lagi. Dapatkan bantuan suami, saudara mara atau kawan-kawan untuk urusan kemas rumah, urusan kerja, uruskan anak-anak lain. Jika perlu ambil vitamin untuk kekuatan tubuh dan extra energy. Yang paling penting, mommies perlu enjoy semasa pump ataupun semasa menyusukan anak. Inilah saat yang terindah menjadi seorang ibu. Ianya juga tidak kekal, cuma 2 tahun saja. Jadi mommies, kuatkan semangat dan enjoy saat-saat ini :)
 
Ini antara faktor-faktor utama mengapa susu kita berkurangan. Banyak lagi faktor lain, dan ianya mungkin tidak sama dari seorang ibu dengan ibu yang lain. Jadi mommies, kalau rasa macam ada sedikit masalah dalam penghasilan susu badan, ambillah sedikit masa untuk cuba kenalpasti faktornya. Jika perlu dapatkan nasihat & pandangan dari lactation consultants, atau dari doktor-doktor yang menyokong penyusuan susu ibu. Jangan lupa berdoa padaNya semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan susu anak kita ye mommies. Insya Allah, pasti berjaya :) 
 

Sumber dari internet

 


Kempiskan Perut Selepas Bersalin - Pa&Ma

Kempiskan Perut Selepas Bersalin - Pa&Ma



Assalamualaikum mommies....ada yg pernah try ni? Berkesan x?

Wednesday, 20 August 2014

Mudahnya Bisnes Tropika

Mudahnya bisnes Tropika....Alhamdulillah sambil2 tunggu kereta di bengkel sempat juga siapkan order customer. Boleh terus pos je kejap lagi. Kalau ada mommies yang berminat nak join family Tropika, jom cepat2 contact kami. Boleh sambil2 buat side income disamping menolong mommies2 lain yang masih mencari penawar masalah kulit anak.
 
Mudahnya bisnes Tropika


Tuesday, 19 August 2014

We are back :)

Assalamualaikum mommies.....lama sungguh kami x update blog..agak sibuk dengan kerja sejak balik dari cuti raya lepas... :)
 
Anyway, kami masih beroperasi seperti biasa. So jika mommies ada nak tanya apa2 berkaitan produk Tropika & Herbasuci, insya Allah kami sedia membantu sedaya mungkin.