Saturday, 30 May 2015

DIY Game - Marble Run

Assalamualaikum mommies....dah siapkan kerja rumah? Kami memang kena buat cepat2 sebelum hero bangun...kalau tak kerja sejam boleh jadi 2 jam sebab hero kecik tu nak tolong sama 😅

Oh ya, apa plan mommies dengan si manja hari ni? Kalau takder apa2 plan, jom kita buat mainan DIY sambil mengajar. Mommies semua pastu dah banyak baca tentang kebaikan play-based learning ni kan. Semalam kami main marble dengan hero kami di samping belajar pasal graviti. Untuk umurnya 3 tahun tak pasti pulak sejauh mana kefahamannya tentang graviti, tapi seronok ja hero seorang tu buat eksperimen dengan marble dan bottle tunnels.

Untuk DIY ni mommies perlukan sesuatu yang boleh membentuk tunnel. Kami guna botol mineral je. Potong bahagian atas & bawah. Mintak si kecil untuk tolong tape bahagian yang yang dipotong tadi. Awas dengan gunting atau pisau tajam ye mommies. Buat je berapa banyak tunnels yang mommies atau sikecil suka. Bila dah siap lekatkan di dinding, pintu atau mana2 tempat yang sesuai. Keluarkan marbles, guli atau bola2 kecil. Tadaaa.....siap dah. Biar si kecil eksperimen dengan tengok item apa yang jatuh dulu. Sambil tu mommies boleh terangkan tentang graviti, berat item, serta apa2 faktor lagi yang boleh mempengaruhi kelajuan item tu jatuh. Make it fun & enjoyable. Mudah kan mommies....selamat mencuba 👌👌👌

Monday, 13 April 2015

Medela Swing Maxi Lactaequip Warranty

Medela Swing Maxi, warranty dari Lactaequip Malaysia. Harga promosi RM1299. Pakej lengkap sekali dengan bag, cooler, ice pack & 4 botol Medela. Harga murah berbaloi-baloi. Tinggal 2 set saja lagi. Cepat mommies contact kami cepat-cepat ☺

Friday, 10 April 2015

Jom Buat Mainan Sendiri ☺

Assalamualaikum mommies....sekejapnya dah hujung minggu....bestnya. Banyak aktiviti yang dah dirancang dengan hero kecik. Yang paling seronok sudah tentu aktiviti buat mainan sendiri. Seronok hero kami dalam cubaan pertama buat train sendiri 😆

Mudah ja mommies. Cuma perlu bekas telur atau egg carton yang dari kertas keras, magic pen atau crayon untuk mewarna, & juga sikit benang.

Aktiviti ni bukan saja memberi ruang pada kreativiti anak, ianya juga turut memfokuskan pada koordinasi mata tangan sikecil semasa nak cantumkan gerabak-gerabak keretapi ni. Konsentrasi anak juga di latih dalam masa yang sama.

Yang paling best, gelak ketawa anak bila dia tarik train sambil sebut choo chooo....choo chooo.... 😆

Try lah mommies...memang best. Mudah & free. Jom tengok gambar kami share ni.

Sunday, 5 April 2015

Promosi Hebat Jimat Sehingga 20%!

Assalamualaikum mommies. Kejapnya dah hampir seminggu bulan April. Wall facebook kami penuh dengan gambar resit gst. Memang banyak kesannya dari pelaksanaan gst ni, kesan baik & buruk semua ada 😅.

Tapi mommies jangan risau, untuk Tropika masih lagi kekal harga yang lama ye. Bulan ni kami nak bagi harga lagi gempak. Diskaun 20% untuk barangan terpilih! Haaa gempak kan. Syaratnya mudah ja. Syaratnya mudah ja. Dengan pembelian mana-mana produk Tropika & Herbasuci mommies akan dapat 20% diskaun untuk pembelian produk Tropika seperti dalam gambar ni:
☆ Tropika Baby Herbal Cream
☆ Tropika Starter Kit
☆ Tropika Bubble Bath
☆ Tropika Baby Oil Lavender 250ml
☆ Tropika Chamomile Lotion
☆ Herbasuci VCO Softgel
☆ Herbasuci Dalana Cream

Haaa ini baru namanya penjimatan berganda! Promosi ini hanya dari 1 - 30 April 2015. Jangan tunggu lagi mommies. Jom restock Tropika cepat-cepat 😆

Friday, 13 March 2015

Tropika Baby Herbal Cream - Terlajak laris!!

Assalamualaikum mommies......risaukan kesihatan anak di musim hujan panas tidak menentu ini? Dapatkan produk terlaris kami Tropika Baby Herbal Cream. Alhamdulillah banyak membantu dalam meredakan kesakitan anak-anak. Produk terlajak laris yang sangat cepat kehabisan stok. 

Tropika Baby Herbal Cream (RM39.90) 

Saturday, 28 February 2015

Keliru Memilih Breastpump? Jom tengok tips ini :)

Assalamualaikum mommies semua......buat apa pagi ni? Best cuti hujung minggu boleh luangkan masa dengan anak-anak dan suami.

Kami banyak menerima pertanyaan tentang breastpump. Banyak yang tanya macam mana nak pilih breastpump yang sesuai. Kali ni kami kongsikan dengan mommies tips-tips untuk memilih breastpump.Semoga dapat membantu mommies untuk membuat pilihan. 

Jangan lupa ye mommies, harga medela breastpump bagi stok baru akan naik. Cepat dapatkan medela breastpump dari stok sedia ada dengan harga jimat :)

Tips Memilih Breastpump

Thursday, 26 February 2015

Pengumuman Penting! Harga Baru Medela Breastpumps Mac 2015

Assalamualaikum mommies.....ada satu pengumuman penting untuk dikongsi dengan mommies hari ni. Kami telah mendapat berita bahawa harga breastpump Medela akan dinaikkan mulai 1 Mac 2015! Semua stok yang akan diambil akan terlibat dengan harga baru ini.
Tapi mommies jangan risau. Stok sedia ada masih dijual dengan harga semasa. Jadi mommies yang memang tengah terfikir nak beli breastpump Medela cepat-cepat order set mommies, stok yang tinggal pun dah tak banyak.
  
Cepat ye mommies!

Medela Breastpump