![]() |
| Medela Swing Maxi |
![]() |
| Medela Swing Maxi |
![]() |
| Medela Swing Maxi |
![]() |
| Medela Swing Maxi |
![]() |
| Tropika Baby Herbal Cream |
![]() |
| Promo Ramadhan Tropika |
Assalamualaikum mommies....lamanya senyap sunyi blog ni. Maaf mommies kami sangat2 sibuk dengan urusan pejabat & juga bisnes.
Sebagai tanda minta maaf, sekali lagi kami kongsikan antara punca2 penyebab susu badan kurang. Banyak pertanyaan yang kami dapat mengenai topik ini, lagi2 dalam bulan puasa ni banyak mommies mengadu susu badan merudum. Selalunya memang tak dapat dielakkan, ya lah berpuasa tentunya kurang minum air. Mommies jangan sedih ye. InsyaAllah apa yang dapat tu cukup buat si kecil. Yakin pada ketentuan rezeki olehNya yang Maha Pemurah. Pastikan juga mommies minum air sebanyak yang boleh & amalkan pemakanan sihat semasa sahur & berbuka puasa.
Insya Allah nanti kita kongsikan cara2 untuk menambah susu badan secara semulajadi. Tapi sementara itu jom refresh balik mengenai punca2 susu badan kurang. Bila dah tahu & kenalpasti puncanya, insya Allah lebih mudah untuk kita atasinya kan...
1) Period
Tak semua mommies akan affected sebab period, tapi bagi mommies yang terkesan, ini kerana kurangnya cecair dalam badan. Wanita yang sedang haid kehilangan darah yang banyak dari tubuh, dan sebahagian besar komponen dalam darah adalah air. Jangan bimbang, jangan stress, teruskan pam macam biasa dan banyakkan minum air.
2) Kurang stimulasi
Konsep penghasilan susu badan adalah mengikut demand - supply. Bila banyak permintaan, banyaklah penghasilannya. Kosongkan payudara sekerap 2 jam sekali. Boleh saja pam atau terus direct-feed. Jangan putus asa walaupun pada awalnya hasil pam sedikit, ini kerana badan kita baru menerima isyarat permintaan susu. Jika dibuat secara konsisten, insya Allah secara automatik badan pun mula hasilkan susu yang banyak seiring dengan permintaan yang banyak.
3) Ibu berdiet & makan tidak seimbang
Mommies kena pastikan makanan yang diambil mestilah cukup, seimbang & berkhasiat. Jika mommies tidak makan, tubuh sudah pasti kurang nutrisi & boleh menggangu penghasilan susu ibu. Air juga perlu diminum sekurangnya 2-3 liter sehari. Boleh juga amalkan apa-apa makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu.
4) Ibu stress / tekanan perasaan
Jangan stress mommies. Memang memenatkan, apatah lagi jika mommies berkerja, nak pam lagi, nak uruskan anak lagi, nak uruskan rumah tangga lagi. Dapatkan bantuan suami, saudara mara atau kawan-kawan untuk urusan kemas rumah, urusan kerja, uruskan anak-anak lain. Jika perlu ambil vitamin untuk kekuatan tubuh dan extra energy. Yang paling penting, mommies perlu enjoy semasa pump ataupun semasa menyusukan anak. Inilah saat yang terindah menjadi seorang ibu. Ianya juga tidak kekal, cuma 2 tahun saja. Jadi mommies, kuatkan semangat dan enjoy saat-saat ini :)
Ini antara faktor-faktor utama mengapa susu kita berkurangan. Banyak lagi faktor lain, dan ianya mungkin tidak sama dari seorang ibu dengan ibu yang lain. Jadi mommies, kalau rasa macam ada sedikit masalah dalam penghasilan susu badan, ambillah sedikit masa untuk cuba kenalpasti faktornya. Jika perlu dapatkan nasihat & pandangan dari lactation consultants, atau dari doktor-doktor yang menyokong penyusuan susu ibu. Jangan lupa berdoa padaNya semoga dipermudahkan perjalanan penyusuan susu anak kita ye mommies. Insya Allah, pasti berjaya :)
Assalamualaikum mommies....dah siapkan kerja rumah? Kami memang kena buat cepat2 sebelum hero bangun...kalau tak kerja sejam boleh jadi 2 jam sebab hero kecik tu nak tolong sama 😅
Oh ya, apa plan mommies dengan si manja hari ni? Kalau takder apa2 plan, jom kita buat mainan DIY sambil mengajar. Mommies semua pastu dah banyak baca tentang kebaikan play-based learning ni kan. Semalam kami main marble dengan hero kami di samping belajar pasal graviti. Untuk umurnya 3 tahun tak pasti pulak sejauh mana kefahamannya tentang graviti, tapi seronok ja hero seorang tu buat eksperimen dengan marble dan bottle tunnels.
Untuk DIY ni mommies perlukan sesuatu yang boleh membentuk tunnel. Kami guna botol mineral je. Potong bahagian atas & bawah. Mintak si kecil untuk tolong tape bahagian yang yang dipotong tadi. Awas dengan gunting atau pisau tajam ye mommies. Buat je berapa banyak tunnels yang mommies atau sikecil suka. Bila dah siap lekatkan di dinding, pintu atau mana2 tempat yang sesuai. Keluarkan marbles, guli atau bola2 kecil. Tadaaa.....siap dah. Biar si kecil eksperimen dengan tengok item apa yang jatuh dulu. Sambil tu mommies boleh terangkan tentang graviti, berat item, serta apa2 faktor lagi yang boleh mempengaruhi kelajuan item tu jatuh. Make it fun & enjoyable. Mudah kan mommies....selamat mencuba 👌👌👌