Friday 10 April 2015

Jom Buat Mainan Sendiri ☺

Assalamualaikum mommies....sekejapnya dah hujung minggu....bestnya. Banyak aktiviti yang dah dirancang dengan hero kecik. Yang paling seronok sudah tentu aktiviti buat mainan sendiri. Seronok hero kami dalam cubaan pertama buat train sendiri 😆

Mudah ja mommies. Cuma perlu bekas telur atau egg carton yang dari kertas keras, magic pen atau crayon untuk mewarna, & juga sikit benang.

Aktiviti ni bukan saja memberi ruang pada kreativiti anak, ianya juga turut memfokuskan pada koordinasi mata tangan sikecil semasa nak cantumkan gerabak-gerabak keretapi ni. Konsentrasi anak juga di latih dalam masa yang sama.

Yang paling best, gelak ketawa anak bila dia tarik train sambil sebut choo chooo....choo chooo.... 😆

Try lah mommies...memang best. Mudah & free. Jom tengok gambar kami share ni.

No comments:

Post a Comment