Friday 30 September 2016


💸 ALKISAH PERIHAL NOTE HIJAU RM5 ðŸ’¸

Assalamualaikum mommies. Ada cerita nk share. Igt tak last year byk muncul kt newsfeed FB pasal tabung hijau, tabung merah, tabung oren dll. Haa kami pun tergerak hati nk buat jugak. Kami pilih start dgn tabung hijau. Setiap keping duit RM5 ðŸ’·ðŸ’·ðŸ’· yg sampai ke tangan, wajib asingkan masuk dlm tabung ni. Buat berdua dgn suami.

Mula2 nk istiqamah tu mmg susah. Setiap kali bg duit utk beli barang, almost confirm 99.6% baki duit mesti terselit duit hijau ni. Stress tau. Lagi2 time x byk duit dlm handbag...penuh ngn duit hijau ja. Dah satu kerja pulak kena gi ATM cucuk duit lagi.

Tp kan, mmg betulla nk buat benda baik kena istiqamah. Dlm masa lebih kurang 5 bulan start buat, duit yg terkumpul dlm tabung hijau dh mencecah hampir RM1k. Alhamdulillah. Mula2 niat nk guna beli emas lah, guna gi holiday lah...tp x terguna2 jugak. Sampailah baca pulak kt newsfeed FB psl tabung subuh atau tabung sedekah. Jd skrg kami suami isteri sepakat jadikan tabung hijau kami ni sebagai tabung sedekah kami.

Alhamdulillah setiap minggu ambil minimum RM50 masukkan dlm tabung masjid setiap hari Jumaat. Dan Insya Allah setiap bulan jumlah ni akan meningkat. Biar start sikit2 tp konsisten. Tabung ni jugak akan disalurkan pd mereka2 yg memerlukan ikut kes, insya Allah.

So mommies, jomlah start buat. Tujuan tabung boleh letak ikut suka, tp ni satu cara mudah untuk tanam sikap suka menyimpan duit. Sekurangnya tabung hijau. Sikit2 lama2 jd bukit. Time2 emergency nk pakai duit kita pyn x kalut sgt. Tp kena tahan diri lah bila dpt baki duit tu banyak duit hijau ja huhuhu.....

Goodluck mommies!

Mencari produk Tropika utk simanja dgn harga menarik? Jom tgk FB page kami Tropika VCO & Medela Swing Maxi.

Boleh juga hubungi kami di 018-3245859 utk FREE consultation


No comments:

Post a Comment