Sunday 27 April 2014

Ekzema & Minyak Kelapa Dara - Part 1

Tak sampai hati tengok anak2 kecil menderita ekzema....gatalnya..pedihnya... Tak dapat kita bayangkan....lagi2 untuk kulit halus anak2.....setakat ini sebab berlakunya ekzema masih belum diketahui, namun doktor2 perubatan sepakat menyatakan trigger untuk berlakunya ekzema 'flare-up' termasuklah pemakanan, cuaca, habuk & juga allergy. Sekarang ini banyak diperkatakan tentang kelebihan minyak kelapa dara untuk merawat & mengurangkan ekzema. kenapa ye?
 
Sebenarnya minyak kelapa mengandungi fungsi antibakteria, antikulat/antifungal, antioksida& juga antimicrobial yang dapat mencegah dari berlakunya infection and juga merawat kulit yang luka/merekah. Minyak kelapa juga penuh dengan vitamin & nutrien yang pentings eperti asid lauric, asid caprylic, vitakim K & vitamin E. Nutrien2 dan vitamin2 ini dapat mengurangkan rasa gatal & memberikan keselesaan pada kulit. Bila minyak kelapa dara digunakan untuk merawat ekzema, ianya bukan saja dapat mengurangkan simpton ekzema seperti gatal2, ianya juga membantu merawat kulit & mencegah dari infection yang mungkin berlaku akibat astik menggaru & luka. Yang paling best, minyak kelapa dara adalah satu cara yang natural & organic untuk merawat ekzema, kerana ianya bebas dari sebarang bahan kimia.
 
Jadi, bagaimana nak rawat ekzema menggunakan minyak kelapa dara? Kita sambung dalam bahagian ke2 ye....nantikan :)
 
Ekzema Baby



Disclaimer: Gambar dari Google.
 
 

No comments:

Post a Comment