Monday 5 May 2014

Bercuti dengan anak ekzema?

Ingin bercuti tetapi risaukan anak eczema? Jangan biarkan eczema menggangggu kehidupan anda sekeluarga. Kali ini kami nak share beberapa tips yang boleh digunakan dalam merancang percutian keluarga anda:
1. Kenali keadaan kulit & ekzema ana...
k anda. Kenalpasti apa trigger yang boleh menyebabkan eczema 'flare-up'.
2. Pilih hotel yang sesuai. Elakkan hotel yang berabuk, tilam yang lusuh & tidak dijaga dengan baik. Ini kerana hotel2 begini mungkin dipenuhi dengan bedbugs atau anai2.
3. Bawa towel & cadar/bedsheet sendiri. Tuala yang disediakan hotel mungkin dibasuh dengan sabun yang agak kasar untuk kulit sensitive. Kalau boleh dapatkan cadar 'anti-allergy' untuk dilapik atas katil hotel.
4. Bawa lotion & baby oil secukupnya. Make sure kulit anak sentiasa lembap.
5. Pastikan anak minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
6. Bawa sabun/bubble bath sendiri. Dapatkan yang organic dan natural.
7. Kaji jenis2 makanan yang terdapat di tempat yang ingin dilawati. Ini sangat penting terutamanya untuk anak yang ada 'food-allergy'.
8. Elakkan tempat yang panas & berdebu. Suhu aircond yang terlampau sejuk juga boleh menyebabkan kulit anak terlalu kering & boleh memburukkan lagi eczema.
9. Jika anak ada menggunakan ubat untuk merawat eczema, pastikan ianya mencukupi sepanjang percutian. Ingat nama ubat tersebut jika perlu membelinya semasa percutian.
10. Pakaikan anak dengan baju yang longgar & selesa. Gunakan pakaian dari kain cotton.

Ini sedikit tips yang kami kongsikan dengan mommies semua. Jika mommies ada lagi tips lain, dialukan untuk kongsi dengan kami di ruangan komen. Semoga kita sama2 dapat mengambil manfaat dari perkongsian ini.
 
Bercuti dengan anak eczema :)
 

No comments:

Post a Comment